Gelombang pertama banjir yang melanda sembilan negeri di Malaysia sejak seminggu lalu, merekodkan enam korban, memusnahkan kediaman, harta benda dan tanaman, dengan bantuan segera RM1 bilion ($300 juta) diperuntukkan kerajaan untuk kerja baik pulih kerosakan awam akibat bencana itu.
Jumlah kerugian akibat bencana itu dijangka meningkat berbanding 2023, mengambil kira ramalan pihak berkuasa mengenai kemungkinan Malaysia menghadapi episod banjir kedua...





