Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 5 Disember, atas tuduhan pecah amanah dana pelaburan awam bernilai RM8 juta ($2.4 juta) pada 2018.
Bagaimanapun, pasangan usahawan dan pempengaruh itu mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.





