Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skandal FashionValet: Vivy, suami, mengaku tak bersalah

Dec 5, 2024 | 11:07 AM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof (dua,kanan) dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (dua,kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan kes pecah amanah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang itu pada 5 Disember
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof (dua,kanan) dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (dua,kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan kes pecah amanah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang itu pada 5 Disember - Foto BERNAMA

Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 5 Disember, atas tuduhan pecah amanah dana pelaburan awam bernilai RM8 juta ($2.4 juta) pada 2018.

Bagaimanapun, pasangan usahawan dan pempengaruh itu mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut tuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama sebagai ejen iaitu Pengarah FashionValet Sdn Bhd, diamanahkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah melakukan pecah amanah jenayah.

Ia didakwa dilakukan dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka itu ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Datin Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37 tahun, dan Datuk Fadzarudin, 36 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg