Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, akan menghadiri Dialog Manama ke-20 di Bahrain dari 6 hingga 7 Disember.
Beliau dijemput untuk berucap pada sesi pleno bertajuk ‘Tindak Balas Politik dan Ketenteraan terhadap Konflik’, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada 6 Disember.





