Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eng Hen hadiri Dialog Manama ke-20 di Bahrain

Dec 6, 2024 | 3:29 PM
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dijemput berucap pada sesi pleno bertajuk ‘Tindak Balas Politik dan Ketenteraan terhadap Konflik’ pada Dialog Manama 2024.
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dijemput berucap pada sesi pleno bertajuk ‘Tindak Balas Politik dan Ketenteraan terhadap Konflik’ pada Dialog Manama 2024. - Foto MDDI

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, akan menghadiri Dialog Manama ke-20 di Bahrain dari 6 hingga 7 Disember.

Beliau dijemput untuk berucap pada sesi pleno bertajuk ‘Tindak Balas Politik dan Ketenteraan terhadap Konflik’, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada 6 Disember.

Dianjurkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik, Dialog Manama adalah forum keselamatan utama bagi rantau Teluk dan berfungsi sebagai platform untuk pegawai pertahanan, keselamatan dan hal ehwal luar kanan dari seluruh dunia, khususnya Timur Tengah, berbincang mengenai cabaran keselamatan serantau.

Tema forum kali ini ialah ‘Kepimpinan Timur Tengah dalam Membentuk Kemakmuran dan Keselamatan Serantau’.

Menurut Mindef, Singapura menghadiri Dialog Manama sejak penubuhannya pada 2004.

Lawatan Dr Ng menekankan hubungan dua hala dan pertahanan rapat antara Singapura dengan Bahrain.

Dr Ng kali terakhir menghadiri dan berucap di Dialog Manama pada 2016.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg