Cuaca panas mencapai 36.2 darjah Celsius di Paya Lebar pada 7 Disember, menjadikannya suhu maksimum harian tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura bagi Disember.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 9 Disember, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata rekod baru itu mengatasi rekod terdahulu 35.9 darjah Celsius pada 6 Disember 2016, lapor The Straits Times.





