Cuaca panas mencapai 36.2 darjah Celsius di Paya Lebar pada 7 Disember, menjadikannya suhu maksimum harian tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura bagi Disember.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 9 Disember, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata rekod baru itu mengatasi rekod terdahulu 35.9 darjah Celsius pada 6 Disember 2016, lapor The Straits Times.
Hujan purata di seluruh Singapura pada November 2024 juga mencatatkan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan bagi bulan itu sejak 1980, kata NEA.
“Ia adalah 47.4 peratus lebih tinggi daripada purata jangka panjang bulan tersebut dan melebihi rekod sebelumnya sebanyak 390.1 milimeter yang ditetapkan pada November 1992,” tambahnya.
Hujan petir pada waktu petang dijangka berlaku hampir setiap hari pada minggu kedua Disember, kata NEA.
“Jumlah hujan bagi separuh pertama Disember dijangka berada hampir sama dengan paras purata di kebanyakan kawasan Singapura,” tambahnya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg