Sebuah taman terapeutik baru dengan gelanggang terbuka (outdoor) permainan boccia pertama di Singapura dibuka di Taman Punggol pada 12 Disember.
Direka bagi memenuhi keperluan pelbagai pengguna, termasuk warga emas dan pengguna kerusi roda, taman seluas 2,000 meter persegi itu menampilkan laluan berhalangan (obstacle course) terbuka bagi mereka yang berkerusi roda – yang pertama seumpamanya dalam taman di bawah Lembaga Taman...





