Seramai 76.7 peratus calon daripada aliran Normal (Akademik) yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat N(A) 2024 layak ke menengah lima, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).
Seramai 9,369 pelajar N(A) dan 4,421 pelajar Normal (Teknikal) N(T) yang menduduki peperiksaan itu menerima keputusan mereka pada 16 Disember.





