KUALA LUMPUR: Kes kecurian dalam pesawat yang dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semakin meningkat, dengan 267 kes direkodkan sejak 2022.
Dalam tempoh sama, 30 warga asing ditahan selepas didapati terbabit dalam kecurian yang disyaki berlaku semasa penerbangan antara negara Asean dan penerbangan domestik di Malaysia.





