JAKARTA: Keputusan rasmi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) memecat Presiden ketujuh Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo; anaknya, Encik Gibran Rakabuming Raka dan menantunya, Encik Bobby Nasution, mencetuskan pelbagai reaksi daripada parti politik lain di negara itu.
Pengumuman pemecatan tersebut dibuat oleh Ketua Bidang Kehormatan PDI-P, Encik Komarudin Watubun, pada 16 Disember dengan surat bertarikh 14 Disember itu ditandatangani oleh Ketua...





