Sedang ramai sibuk bercuti ke luar negara pada Disember bersama keluarga dan sahabat handai sebelum Tahun Baru 2025 diraikan, beberapa peneraju kumpulan seni di Singapura pula gigih membuat persiapan bagi program seni yang bakal diadakan seawal Januari.
Antaranya ialah kumpulan seni Sriwana yang sedang membuat persiapan menyambut ulang tahun ke-70 dengan pementasan gah berjudul Sriwana 70: Teras, Paksi, Titik pada...





