Seorang pemandu lori berusia 41 tahun ditahan selepas salah seorang penumpangnya maut berikutan kemalangan di Tuas pada 15 Disember.
Menurut laporan The Straits Times, pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu – yang berlaku di persimpangan Tuas South Avenue 12 dan Tuas Nexus Drive – pada 9.10 pagi.





