Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu lori diberkas setelah seorang penumpangnya maut dalam nahas di Tuas

Dec 18, 2024 | 5:50 PM
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan Tuas South Avenue 12 dan Tuas Nexus Drive pada 9.10 pagi, 15 Disember, melibatkan sebuah lori.
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan Tuas South Avenue 12 dan Tuas Nexus Drive pada 9.10 pagi, 15 Disember, melibatkan sebuah lori. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

Seorang pemandu lori berusia 41 tahun ditahan selepas salah seorang penumpangnya maut berikutan kemalangan di Tuas pada 15 Disember.

Menurut laporan The Straits Times, pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu – yang berlaku di persimpangan Tuas South Avenue 12 dan Tuas Nexus Drive – pada 9.10 pagi.

Seorang penumpang lelaki lori terbabit berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang lelaki berusia 26 tahun dan 29 tahun telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan sedar.

Pemandu lelaki lori terbabit telah ditahan kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Siasatan sedang dijalankan, tambah polis.

Sejauh ini pada Disember, sekurang-kurangnya dua kemalangan dilaporkan melibatkan lori.

Pada 6 Disember, dua lelaki dibawa ke hospital berikutan kemalangan melibatkan kereta dan lori.

Polis berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira 1.20 pagi di Ekspreswe Seletar (SLE) menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

Pemandu kereta berusia 49 tahun dan penumpang lelaki berusia 22 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu telah dibawa ke Kampus Kesihatan Woodlands dalam keadaan sedar.

Video yang dikongsi di Facebook menunjukkan ambulans SCDF berada berhampiran pembahagi jalan, dengan motosikal polis berdekatan.

Beberapa individu juga dilihat duduk di tepi pembahagi jalan.

Rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta dengan bonet yang remuk berhampiran ambulans dan sebuah lori terbalik di lorong paling kanan di sebelah pembahagi jalan.

Menurut statistik polis, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat daripada 108 pada 2022 kepada 136 pada 2023.

Kecederaan akibat kemalangan jalan raya juga meningkat daripada 8,441 pada 2022 kepada 8,931 pada 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg