MELAKA: Warga Singapura, Allahyarhamha Lamrah Asis Ali, 66 tahun, dikenal pasti sebagai seorang daripada tujuh korban dalam nahas jalan raya di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat Melaka, pada 23 Disember malam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata Allahyarhamha Lamrah merupakan penumpang bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan dengan empat kenderaan lain iaitu...





