Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) telah menghentikan semakan terhadap rangka kerja cadangan Skim Persaraan Tambahan (SRS), susulan penarikan balik permohonan bersama tiga bank tempatan yang mengendali skim itu – DBS, OCBC dan UOB – untuk melaksanakan perubahan kepada skim tersebut.
Diumumkan pada November 2023, rangka kerja yang dicadangkan itu bertujuan menyelaras proses pendaftaran dan pengurusan penyedia produk dan tawaran...





