KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang FashionValet kontroversi, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, berjaya mendapat pelepasan sementara pasport untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah.
Ia selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Disember membenarkan permohonan pasangan usahawan fesyen itu yang sedang berdepan dakwaan pecah amanah dana pelaburan awam RM8 juta ($2.42 juta).





