Isu seperti cabaran kewangan dalam memenuhi keperluan harian dan risiko pengasingan sosial terus menjadi kebimbangan utama ramai warga emas berpendapatan rendah di Siglap, kata Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.
Lantaran itu, usaha lebih khusus dihasilkan untuk membantu golongan tersebut, seperti baucar makanan di bawah inisiatif baru Siglap Plate It Forward.





