JAKARTA: Virus ‘human metapneumovirus’ (HMPV), iaitu virus pernafasan yang dilaporkan merebak di China, kini dikatakan telah dikesan di Indonesia.
Namun, Menteri Kesihatan Indonesia, Encik Budi Gunadi Sadikin, menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu panik kerana HMPV bukanlah virus baru, sebaliknya sudah dikenali dalam dunia perubatan.





