KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti kemungkinan kes seorang lelaki ditembak mati di luar sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru, pada 8 Januari lalu adalah perbuatan kumpulan penjenayah atau kongsi gelap.
Sumber yang rapat dengan siasatan berkata mangsa yang berusia 40 tahun mungkin menjadi sasaran kumpulan penjenayah atau kongsi gelap kerana maklumat yang diberikannya kepada pihak berkuasa.





