Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditembak mati di JB: Polis siasat kaitan kongsi gelap

Jan 10, 2025 | 4:04 PM
Seorang lelaki berusia 40 tahun maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru, pada 8 Januari.
Seorang lelaki berusia 40 tahun maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru, pada 8 Januari. - Foto TANGKAP LAYAR NSTP

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti kemungkinan kes seorang lelaki ditembak mati di luar sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru, pada 8 Januari lalu adalah perbuatan kumpulan penjenayah atau kongsi gelap.

Sumber yang rapat dengan siasatan berkata mangsa yang berusia 40 tahun mungkin menjadi sasaran kumpulan penjenayah atau kongsi gelap kerana maklumat yang diberikannya kepada pihak berkuasa.

Menurut sumber, kumpulan kongsi gelap yang disiasat dalam kes itu dikenali sebagai kumpulan ‘5 Colour’ (5 Warna) dan ketuanya, Ngo Seik Kee.

Kumpulan itu difahamkan terlibat dalam kes dadah dan tarik kereta, lapor New Straits Times.

Pada 2020, polis Johor melancarkan gerakan memburu ketua dan anggota kumpulan berkenaan berhubung kes pembunuhan pemilik kereta dikenali sebagai Ram.

Mayat Ram ditemui di dalam parit di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kulai, Johor, dengan kesan tetakan di kepala dan badan.

Dilaporkan bahawa mangsa yang maut ditembak di Johor Bahru itu telah disoal siasat oleh polis pada Mei 2024.

Lelaki itu dikatakan ditembak empat kali ketika sedang makan tengah hari bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah dan telah keluar dari restoran untuk menjawab panggilan telefon sebelum serangan tembakan berlaku.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selama 30 saat mengenai kejadian itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai jaket biru muda dan bertopi keledar hitam berjalan ke arah mangsa, sebelum mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Walaupun mangsa rebah, suspek meneruskan tembakan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata orang ramai tidak perlu panik dengan kejadian tembakan itu yang disifatkan kejadian terpencil dan tidak menggambarkan ancaman keselamatan di Johor.

Polis turut memberi amaran supaya orang ramai tidak menyebarkan rakaman video kejadian dan menggesa orang ramai agar mengelak daripada membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat salah yang boleh mengganggu siasatan atau menyebabkan keresahan awam.

Beliau berkata polis telah membentuk pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk menyiasat kes itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg