Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS), yang dijadualkan dibuka pada 2028, telah menimbulkan rasa gembira dalam kalangan pelajar Singapura di Kahirah dan Madinah.
Berkongsi demikian dalam satu catatan Facebook beliau pada 12 Januari, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata para pelajar tersebut melihat institusi tersebut sebagai penting demi persiapan masa depan cendekiawan agama bagi membimbing...





