Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Pelajar S’pura di Kahirah, Madinah ghairah nanti Kolej Pengajian Islam S’pura

Jan 12, 2025 | 7:02 PM
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (empat dari kiri), bersama pelajar Singapura di Madinah.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (empat dari kiri), bersama pelajar Singapura di Madinah. - Foto MDDI

Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS), yang dijadualkan dibuka pada 2028, telah menimbulkan rasa gembira dalam kalangan pelajar Singapura di Kahirah dan Madinah.

Berkongsi demikian dalam satu catatan Facebook beliau pada 12 Januari, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata para pelajar tersebut melihat institusi tersebut sebagai penting demi persiapan masa depan cendekiawan agama bagi membimbing masyarakat Muslim Singapura dalam konteks warga negara ini.

Beliau yang kini dalam lawatan kedua ke Timur Tengah berkata sepanjang beberapa harinya di sana, beliau berpeluang bertemu dengan pelajar warga Singapura yang menuntut dalam pengajian Islam di Kahirah dan Madinah.

“Perbincangan kami meliputi perkembangan penting di Singapura, terutamanya yang menyentuh masyarakat Melayu/Islam.

“Saya gembira para pelajar kita maklum tentang inisiatif-inisiatif masyarakat di tanah air, termasuk penubuhan SCIS.

“Apabila dimulakan pada 2028, SCIS akan menerima kohort pertamanya sekitar 60 pelajar.

“Para pelajar kita melihat SCIS sebagai sebuah institusi penting untuk melahirkan barisan guru agama berwibawa masa hadapan untuk membimbing masyarakat Islam kita dalam konteks Singapura,” katanya.

“Saya gembira para pelajar kita maklum tentang inisiatif-inisiatif masyarakat di tanah air, termasuk penubuhan SCIS.

“Para pelajar kita melihat SCIS sebagai sebuah institusi penting untuk melahirkan barisan guru agama berwibawa masa hadapan untuk membimbing masyarakat Islam kita dalam konteks Singapura,” kata Encik Masagos.

Di Kahirah, hampir 170 pelajar Singapura sedang mengikuti kursus sarjana muda dan possiswazah di Universiti Al-Azhar.

Di Madinah pula, lebih 40 pelajar menuntut di Universiti Islam Madinah.

SCIS akan menjalankan program sarjana muda dengan dua laluan dalam pengajian Islam atau sains kemasyarakatan.

Antara tujuan utama kolej itu ialah membangunkan golongan asatizah dengan pengetahuan dan kemahiran memberi bimbingan agama mengikut konteks masyarakat Islam yang hidup dalam suasana majmuk di Singapura.

Kolej tersebut menjadi alternatif bagi pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran agama peringkat pengajian tinggi tanpa perlu ke luar negara seperti Malaysia, Jordan atau Mesir.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, ketika mengumumkan tentang program yang bakal ditawarkan SCIS pada 10 November lalu, berkata SCIS akan bekerjasama dengan institusi tempatan dan antarabangsa yang mapan untuk menyampaikan programnya.

Ia termasuk Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) bagi pengajian sains kemasyarakatan dan institusi Dar al-Ifta di Mesir, Universiti Jordan serta Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi bagi pengajian Islam.

Dalam catatannya, Encik Masagos turut menyentuh tentang perkembangan usaha melaksanakan saranan Jawatankuasa Asatizah Masa Hadapan (Cofa) yang dikongsi oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

“Cofa bertujuan untuk membangunkan lagi sektor keagamaan dan memastikan asatizah kita dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani cabaran kontemporari supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan berkesan.

“Saya memberi jaminan bahawa Muis akan terus mendukung sektor asatizah dan memperkukuh institusi keagamaan kita,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg