Tujuh orang ditahan kerana didakwa menggunakan khidmat dalam talian atau laman e-khidmat Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bagi menukar alamat rumah berdaftar penduduk di sini.
Dalam satu kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 14 Januari, polis mendedahkan enam lelaki dan seorang wanita, berusia antara 19 hingga 32 tahun, dikatakan bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 30 kes percubaan menukar alamat tanpa kebenaran,...





