Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, akan berkunjung ke Amman, Jordan, bagi satu lawatan kerja dari 21 hingga 22 Januari 2025.
Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 20 Januari, beliau yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), akan menyaksikan penyerahan bahagian keenam bantuan kemanusiaan Singapura untuk Gaza.





