Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki lawat Jordan bagi saksi penyerahan bantuan kemanusiaan S’pura untuk Gaza

Jan 20, 2025 | 11:41 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, akan berkunjung ke Amman, Jordan, bagi satu lawatan kerja dari 21 hingga 22 Januari 2025.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, akan berkunjung ke Amman, Jordan, bagi satu lawatan kerja dari 21 hingga 22 Januari 2025. - Foto fail

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, akan berkunjung ke Amman, Jordan, bagi satu lawatan kerja dari 21 hingga 22 Januari 2025.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 20 Januari, beliau yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), akan menyaksikan penyerahan bahagian keenam bantuan kemanusiaan Singapura untuk Gaza.

Bantuan ini melibatkan sumbangan daripada Yayasan Rahmatan Lil Alamin kepada Pertubuhan Amal Hashemite Jordan dan Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Dr Maliki juga akan bertemu menteri-menteri Jordan dan menghadiri sesi dialog bersama pelajar Singapura yang meneruskan pengajian di Jordan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg