Dibesarkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Buddha tetapi kini dalam perjalanan menjadi seorang mualaf, Cik Jasmine Tay, 24 tahun, sering berkongsi pengalamannya bersama pengikut TikTok di akaun peribadinya, @tksaj.
Pada mulanya, Cik Tay mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam organisasi khas bagi mualaf, Salam Sisters, yang merupakan sebahagian daripada Converts Central – pertubuhan yang antara lain menyokong mualaf di...





