ALOR SETAR (Kedah): Polis mengklasifikasikan semula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah, pada 21 Januari, akibat kejadian bunuh yang dipercayai angkara dendam.
Susulan itu, lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara salah seorang mangsa telah diberkas polis, selain seorang lelaki warga Myanmar yang turut menghuni rumah...





