KUALA LUMPUR: Tindakan seorang tukang rumah yang menghantar kata-kata ancaman jenayah terhadap keluarga pelawak Malaysia, Harith Iskander, memakan diri apabila dia dipenjara selama lima bulan dan dikenakan denda RM2,000 ($617) oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada 31 Januari.
Majistret S Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md Salim, 32 tahun, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan yang disabitkan.





