Banyak perubahan dalam sektor perkhidmatan sosial yang dilihat dan diharungi Cik Siti Zubaidah Yusoff sejak menceburi bidang ini sekitar 18 tahun lalu, bermula dengan tugas sebagai klinisian di Hospital Khoo Teck Puat pada 2007.
Di sebalik segala cabaran yang dihadapi, karyawan khidmat sosial berusia 40 tahun itu tabah meniti tangga kerjaya dan kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan (Program...





