Ahli Parlimen (AP) di Malaysia diingatkan agar berhenti bermain politik dengan memainkan setiap isu hanya untuk kepentingan parti atau politik mereka, sebaliknya menggunakan Dewan Rakyat untuk mengetengahkan pelbagai isu kepentingan rakyat.
Peringatan itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, kepada wakil rakyat, sambil menambah bahawa Parlimen adalah dewan perhimpunan paling utama dalam sistem Malaysia yang menjadi gelanggang pertemuan suara...





