Model klasifikasi Cina-Melayu-India-Lain-Lain (CMIO) telah berfungsi dengan baik buat Singapura, dan menghapuskannya mungkin boleh membawa kesan lebih buruk, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Bercakap di Parlimen pada 5 Februari, beliau berkata model klasifikasi CMIO telah membantu menjalin hubungan antara kaum yang harmoni dan menghapuskannya akan menyebabkan pemerintah tidak dapat memahami kesukaran yang dihadapi kumpulan kaum...





