Sarat dengan kejutan jalan cerita, konflik dan perkembangan watak, filem Kudrat 1968: High Council berjaya merungkai pelbagai persoalan yang sebelum ini dibiarkan tergantung dalam siri televisyen dengan judul sama.
Sebelum menemui penonton di pawagam, kisah ini terlebih dahulu diperkenalkan menerusi empat episod siri Kudrat 1968: High Council yang disiarkan di Astro Ria dan Astro Citra, selain wadah penstriman Netflix, Sooka...
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, dibenarkan untuk tinggal bersama isteri, anak, menantu dan cucunya sepanjang menjalani hukuman tahanan rumah, namun tidak bebas dan tertakluk kepada pelbagai sekatan ditetapkan, yang jika dilanggar boleh menyebabkan beliau kembali ke penjara. Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan di Parlimen, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang memberikan pengampunan bersyarat...
KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan undang-undang bagi mencabar pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, dengan alasan ia tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang Malaysia.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 12 November, membantah tindakan Badan Peguam itu untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi mencabar keputusan berhubung perintah tahanan...
Jenama warisan fesyen batik tempatan Baju by Oniatta akan menutup kedainya di Kampong Gelam pada Disember 2026, sekali gus menamatkan kehadirannya selama enam tahun di kawasan warisan itu.
Jenama berusia 10 tahun yang dikenali dalam kalangan peminat batik di Singapura itu mengalami kemerosotan jualan yang ‘ketara’, menurut pengasasnya, Cik Oniatta Effendi, ketika dihubungi oleh Berita Harian (BH) pada 12 November.
Meskipun konflik di Timur Tengah masih berterusan, adalah penting bagi Singapura untuk tidak melupakan krisis kemanusiaan di Gaza dan terus memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Beliau, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan), berkata walaupun Singapura adalah sebuah negara kecil dan terletak jauh dari kawasan Timur Tengah, ia akan...





