Singapura mengesahkan komitmen kepada bantuan kemanusiaan bagi Gaza melalui kerjasama perubatan yang dipertingkat bersama Jordan.
Dalam satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 13 Februari, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Staf Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF), Mejar Jeneral Yousef Al-Huneiti, bagi membincangkan usaha memperluas kerjasama lanjut antara angkatan tentera negara masing-masing...





