Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, telah dikenakan denda $14,000 setelah didapati bersalah pada 17 Februari atas dua tuduhan berbohong semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh sebuah jawatankuasa parlimen.
Denda $7,000 bagi setiap tuduhan, yang dikenakan oleh Timbalan Ketua Hakim Daerah Luke Tan itu adalah jumlah maksimum yang diminta pihak pendakwa, yang diketuai oleh Timbalan...





