Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, kekal memegang kerusi GRC Aljunied selepas dikenakan denda kerana kesalahan berbohong di Parlimen, kata Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, pada 18 Februari.
Encik Seah memberitahu Parlimen bahawa menurut panduan yang diberikan Pejabat Peguam Negara (AGC), seorang Anggota Parlimen (AP) boleh digugurkan daripada kerusinya jika beliau dikenakan denda sebanyak...





