MILAN: Pengurus sementara Feyenoord, Pascal Bosschaart, memuji semangat juang pasukannya selepas mereka bangkit untuk mencatat keputusan seri menentang AC Milan pada Selasa dan mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Persiapan kelab Belanda itu sebelum perlawanan itu jauh daripada memuaskan apabila mereka memecat Brian Priske dua hari sebelum perlawanan play-off.





