Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, menekankan kepentingan berterusan terhadap pencegahan dan pengesanan awal penyakit buah pinggang yang masih menjadi salah satu isu kesihatan utama di Singapura.
Beliau menegaskan bahawa penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah masalah kesihatan yang sering tidak disedari oleh banyak individu dan pengesanan pada peringkat awal sangat penting bagi mengelakkan keadaan...





