Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) serta badan amal tempatan, Humanity Matters (HM), akan menganjurkan rayuan bagi mengumpul dana keempat dari 24 Februari hingga 6 April.
Dana itu bertujuan menyalurkan bantuan bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman, bekalan perubatan, perkhidmatan penjagaan kesihatan serta sokongan pendidikan bagi kanak-kanak...





