KAHIRAH: Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kahirah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya, selepas cadangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dikecam secara meluas.
Sidang puncak Liga Arab itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap pelan Encik Trump, yang disifatkan sebagai “berwawasan dan...





