JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat luar biasa pada 7 Mac di ibu pejabatnya di Jeddah bagi membincangkan serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin, gesaan pemindahan paksa terhadap mereka serta keperluan membangunkan semula Jaluran Gaza.
Mesyuarat itu juga dijangka meneliti perkembangan terkini mengenai gencatan senjata di Gaza, selain membincangkan kebimbangan mengenai cadangan pengambilan wilayah secara paksa, yang boleh menyebabkan...





