KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan segera diambil berkaitan penjualan produk gula-gula berbentuk seperti rokok dan peranti rokok elektronik atau ‘vape’, termasuk mengharamkan penjualannya.
Pegawai Pendidikan CAP, Encik N V Subbarow, berkata penjualan gula-gula itu memberi kesan negatif, terutama kerana ia mendorong murid sekolah untuk terjebak dalam kegiatan menghisap ‘vape’ dan merokok, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).





