Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan pengguna P. Pinang gesa gula-gula bentuk ‘vape’, rokok diharam

Mar 8, 2025 | 4:14 PM
Penjualan gula-gula berbentuk ‘vape’ dan rokok dikhuatiri boleh mendorong murid sekolah mengamalkan tabiat buruk itu kelak.
Penjualan gula-gula berbentuk ‘vape’ dan rokok dikhuatiri boleh mendorong murid sekolah mengamalkan tabiat buruk itu kelak. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan segera diambil berkaitan penjualan produk gula-gula berbentuk seperti rokok dan peranti rokok elektronik atau ‘vape’, termasuk mengharamkan penjualannya.

Pegawai Pendidikan CAP, Encik N V Subbarow, berkata penjualan gula-gula itu memberi kesan negatif, terutama kerana ia mendorong murid sekolah untuk terjebak dalam kegiatan menghisap ‘vape’ dan merokok, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Kanak-kanak berusia seawal tiga tahun boleh terdedah kepada produk yang kelihatan seperti gula-gula, tetapi sebenarnya direka untuk meniru tindakan menghisap peranti ‘vape’ dan rokok, tambah Encik Subbarow.

“Perkara yang kelihatan tidak berbahaya ini sebenarnya adalah pintu masuk kepada tabiat tidak sihat, dengan sesetengah produk mengandungi cecair dan isian semula yang menjadikannya terlalu mudah untuk kanak-kanak tertarik dengannya.

“Apa yang membimbangkan adalah trend ini akan membiasakan tabiat merokok dan ‘vape’ untuk generasi akan datang, di mana kanak-kanak secara tidak sengaja belajar cara menggunakan peranti yang meniru rokok atau ‘vape’ sebenar,” jelas Encik Subbarow dalam satu kenyataan pada 8 Mac.

Justeru, CAP menggesa pihak berkuasa berkaitan agar mengambil tindakan segera bagi mengharamkan produk berkenaan dan memastikan pihak pengedar dipertanggungjawabkan.

Ketersediaan produk itu secara dalam talian dan pasaran tempatan turut menyukarkan pihak berkuasa untuk menjejak dan mengawal penjualannya, tambah Encik Subbarow.

“Apabila kesedaran semakin meningkat, maka tanggungjawab kini bukan sahaja terletak pada ibu bapa, tetapi semua sektor masyarakat terutama kerajaan untuk melindungi generasi akan datang daripada bahaya yang (cuba) menyelinap masuk dalam produk yang kelihatan tidak salah.

“CAP turut menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan ‘vape’, rokok dan e-rokok, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengharamkan penjualan gula-gula berbentuk ‘vape’ dan rokok demi kesihatan dan kesejahteraan generasi masa depan.

“Jika tindakan tidak diambil sekarang, generasi muda mungkin terdedah dengan (bahaya) lebih daripada (sekadar) nikotin,” ujar Encik Subbarow.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg