Sekitar 25,000 pekerja Melayu/Islam, termasuk wanita yang kembali bekerja telah meraih manfaat daripada pelbagai usaha yang dianjurkan M Kuasa Tiga (M³) sepanjang tiga tahun lalu di bawah bidang tumpuan keempat M³ berkenaan pekerjaan dan kebolehpasaran.
Ini seperti pameran kerjaya, pemadanan pekerjaan, pembangunan kemahiran dan program bimbingan, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad semasa perbahasan Jawatankuasa...





