SEOUL: Dua juruterbang Tentera Udara Korea Selatan didakwa atas kecuaian jenayah selepas insiden pengeboman tidak sengaja ke atas sebuah perkampungan semasa latihan ketenteraan pada 6 Mac lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang cedera dan kerosakan harta benda yang meluas.
Menurut kenyataan rasmi daripada Komando Siasatan Jenayah Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada 13 Mac, siasatan mendapati bahawa kesilapan ketika memasukkan koordinat...





