Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Juruterbang tentera udara Korea S didakwa cuai bom kampung ketika latihan

Mar 13, 2025 | 2:05 PM
Pegawai memeriksa bangunan yang rosak selepas Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa bom Mk82 terjatuh dari pesawat KF-16 di luar kawasan latihan semasa latihan tembakan hidup bersama berhampiran Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua-dua Korea, di Pocheon, Korea Selatan, pada 6 Mac 2025.
Pegawai memeriksa bangunan yang rosak selepas Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa bom Mk82 terjatuh dari pesawat KF-16 di luar kawasan latihan semasa latihan tembakan hidup bersama berhampiran Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua-dua Korea, di Pocheon, Korea Selatan, pada 6 Mac 2025. - Foto REUTERS

SEOUL: Dua juruterbang Tentera Udara Korea Selatan didakwa atas kecuaian jenayah selepas insiden pengeboman tidak sengaja ke atas sebuah perkampungan semasa latihan ketenteraan pada 6 Mac lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang cedera dan kerosakan harta benda yang meluas.

Menurut kenyataan rasmi daripada Komando Siasatan Jenayah Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada 13 Mac, siasatan mendapati bahawa kesilapan ketika memasukkan koordinat ke dalam sistem pesawat adalah antara “faktor langsung” yang menyebabkan kejadian tersebut.

“Kesalahan teknikal oleh juruterbang semasa memasukkan data koordinat dikenal pasti sebagai punca utama pengeboman,” menurut kenyataan itu. “Mereka kini didakwa atas kecuaian jenayah yang menyebabkan kecederaan.”

Kejadian berlaku apabila lapan butir bom tidak berpandu jenis udara ke darat telah dilepaskan daripada dua pesawat pejuang semasa latihan tembakan hidup dan jatuh di sebuah perkampungan di Pocheon, berhampiran sempadan dengan Korea Utara.

Wilayah Pocheon dan kawasan sekitarnya merupakan lokasi biasa untuk latihan bersama antara tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Namun, penduduk setempat telah lama menyuarakan kebimbangan berkenaan risiko keselamatan serta gangguan akibat kehadiran unit ketenteraan di kawasan mereka.

“Penduduk sudah lama beri amaran, tapi kami tidak disangka akan alami letupan sebenar,” kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Park. “Ramai yang cedera, rumah rosak, dan kami trauma.”

Jurucakap Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa kedua-dua juruterbang kini digantung daripada sebarang tugasan penerbangan dan akan melalui proses semakan semula kelayakan misi mereka.

Ketua Staf Tentera Udara Korea Selatan juga telah memohon maaf secara terbuka atas insiden itu dan berjanji untuk menilai semula prosedur operasi latihan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

“Kami mengakui kesilapan ini adalah sangat serius dan tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana latihan ketenteraan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Korea Utara pantas memberi reaksi terhadap insiden tersebut dengan menyatakan bahawa kejadian itu membuktikan betapa berbahayanya latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Mereka menyatakan insiden ini boleh mencetuskan konflik bersenjata sekiranya bom-bom itu jatuh di wilayah utara,” menurut kenyataan media rasmi Korea Utara.

“Kami mengambil tanggungjawab penuh dan akan memastikan prosedur latihan diperketatkan bagi menjamin keselamatan orang awam,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg