WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk menguasai wilayah autonomi Greenland daripada Denmark atas alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
“Saya rasa ia akan berlaku,” kata Encik Trump kepada wartawan di Rumah Putih ketika sidang media bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte.





