Sembcorp menyatakan syarikat itu sentiasa menilai pilihan yang ada untuk meningkatkan nilai pemegang saham.
EkonomiMar 18, 2025 | 2:35 PM

Saham Sembcorp lonjak ekoran kemungkinan semakan strategik niaga

Saham Sembcorp Industries meningkat secara mendadak pada 18 Mac berikutan khabar bahawa syarikat itu sedang menjalankan semakan semula secara strategik bagi perniagaannya.

Pelbagai kemungkinan juga sedang dipertimbangkan, termasuk potensi menswastakannya atau menjual beberapa asetnya.

Jumlah penghasilan pada September meningkat 3.4%, namun jauh lebih rendah daripada 7.1% yang diramalkan ahli ekonomi.
SingapuraOct 26, 2026 | 4:37 PM

Keluaran kilang S’pura merosot kepada 3.4% pada Sep

Pertumbuhan pengeluaran perkilangan Singapura merosot ketara pada September, meskipun permintaan berterusan terhadap produk kecerdasan buatan (AI) menyokong sektor elektronik dan kejuruteraan ketepatan.

Pengeluaran kilang tumbuh 3.4 peratus tahun ke tahun pada September, berbanding 15.4 peratus pada Ogos, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada 26 Oktober.

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, meraikan jaringan keduanya ketika aksi saingan La Liga menentang Barcelona di Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, pada 25 Oktober.
SukanOct 26, 2026 | 4:37 PM

Gol Mbappe bantu Real Madrid benam Barca 2-1 dalam aksi El Clasico

BARCELONA: Dua jaringan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 2-1 buat skuad Real Madrid kendalian Jose Mourinho ke atas peneraju La Liga, Barcelona, dalam pertembungan El Clasico di Stadium Camp Nou pada 25 Oktober, sekali gus merapatkan jurang antara dua pasukan itu kepada tiga mata.

Bintang Perancis itu membuka tirai jaringan pada minit ke-41 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada lewat perlawanan untuk...

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.
MalaysiaOct 26, 2026 | 4:22 PM

Sekolah Johor dibuka berperingkat, operasi penuh dijadual 28 Oktober

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di Johor dijadualkan kembali beroperasi sepenuhnya pada 28 Oktober, tertakluk kepada perkembangan kualiti udara, manakala kehadiran pada 26 dan 27 Oktober dihadkan kepada murid yang perlu menduduki peperiksaan.

Ketetapan terbaru itu memperincikan pengumuman kerajaan negeri pada 24 Oktober yang sebelum ini menyatakan semua institusi pendidikan akan beroperasi semula mulai 26 Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han.
MalaysiaOct 26, 2026 | 4:12 PM

Johor pelawa firma S’pura manfaatkan inisiatif ekon JS-SEZ

JOHOR BAHRU: Syarikat Singapura dipelawa menjadikan Johor sebahagian daripada strategi perniagaan serantau dengan menggabungkan fungsi ibu pejabat, penyelidikan dan kewangan di republik ini dengan kegiatan pembuatan, pergudangan serta prasarana digital di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membolehkan kedua-dua ekonomi memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk...

Notis tersebut dikeluarkan pada 23 Oktober. Wakil syarikat yang gagal mematuhi arahan boleh dikenakan penalti jika tidak memberikan kerjasama.
SingapuraOct 26, 2026 | 4:09 PM

Semua 10 firma berpangkalan di S’pura akui terima notis jerebu NEA; majoriti sedia kerjasama

Kesemua 10 syarikat berpangkalan di Singapura yang diberikan notis di bawah undang-undang jerebu Singapura telah mengakui penerimaan permintaan maklumat daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengenai kaitan mereka dengan kebakaran di Indonesia.

Tiga daripada syarikat itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada mereka akan memenuhi permintaan NEA. Syarikat tersebut ialah Indofood Agri Resources, TSH Global Plantation dan TSH Oversea. Kegagalan mematuhi...

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video