Rakyat Palestin amat menghargai bantuan berterusan yang disumbangkan Singapura, di tengah-tengah konflik yang telah berlarutan selama lebih setahun, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menulis di Facebook pada 20 Mac, Encik Masagos berkata para pegawai yang berada di lapangan telah memaklumkan demikian kepada beliau, sedang Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) terus mengumpulkan dana untuk...





