KHARTOUM: Tentera Sudan dilaporkan berjaya mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas Istana Presiden di ibu kota Khartoum pada 21 Mac, dalam satu pencapaian besar konflik berdarah yang telah berlarutan selama dua tahun dan mengancam memecah belahkan negara itu.
Laporan ini disahkan oleh stesen televisyen nasional Sudan dan sumber-sumber tentera. Menurut pegawai tentera, Angkatan Bersenjata Sudan kini sedang menjalankan operasi mencari...





